My Add

Saturday 22 September 2012

2,000 pekerjaan ditawarkan di Karnival Kerjaya Pemuda BN

SANDAKAN, SABTU, 22 September, 2012: Sebanyak 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) yang diadakan selama dua hari bermula hari ini di Harbour Mall di sini.

Pengerusi penganjur Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, ia meliputi pelbagai sektor antaranya perladangan, perkhidmatan dan perhotelan membabitkan syarikat yang beroperasi di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pencari pekerjaan terdiri daripada lepasan sekolah, kolej dan universiti terutama yang tinggal di daerah ini dan daerah berhampiran mengambil peluang mengunjungi karnival itu.

"Penganjuran karnival ini yang kedua sejak dimulakan tahun lepas merupakan usaha Pemuda BN untuk membantu anak-anak muda di Sabah mendapatkan pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian karnival itu yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment