My Add

Friday 7 September 2012

4 lelaki diburu polio disyaki pecah rumah di Tapah, Bidor

TAPAH, JUMAAT, 07 September, 2012: Polis kini memburu empat lelaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan curi di kawasan Tapah dan Bidor baru-baru ini.

Mereka yang dicari ialah Krishnamurthi a/l Thangaiah, 24; berasal dari Rawang Selangor dan rakannya Sathiskumar a/l Logannatan, 21; dan Mohd. Suhady Ahmad, 32, atau nama panggilannya Adi berasal dari Air Kuning.

Seorang lagi yang dicari polis ialah lelaki Melayu, berbadan kurus, berumur lingkungan 30-an, berpakaian kemas serta berambut pendek dan lelaki itu menggunakan kenderaan jenis perodua Myvi, Naza, Sutera atau Viva.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt. Som Sak a/l Din Keliaw berkata, Krishnamurthi dan rakannya Sathiskumar dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi pada 6 Jun di Taman Bunga Raya di sini.

Mohd. Suhady pula dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kes sama di Kampung Sungai Kurung Dalam, Air Kuning 31 Ogos lepas, manakala lelaki yang belum dikenalpasti identitinya itu pula disyaki melakukan jenayah itu di kawasan Bidor dan Tapah dengan kes terbaharu dilapor di Taman Puteri Rupawan, Bidor, 4 September lepas.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment