My Add

Friday 7 September 2012

Eksekutif syarikat bebas tuduhan langgar polis

PETALING JAYA, JUMAAT, 07 September, 2012: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang eksekutif syarikat pengiklanan di sini, atas empat pertuduhan termasuk cubaan membunuh seorang anggota polis, Oktober tahun lalu.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Kee Keam Sin, 27.

Pada akhir kes pendakwaan beliau berkata, mahkamah mendapati Kee sememangnya cuba mengelak daripada melanggar mangsa dengan memandu ke arah kiri jalan dan juga terdapat ”jurang” dalam kes pendakwaan.

Keam Sin dari Bandar Utama, di sini, didakwa cuba membunuh Lans Koperal Mohd. Fadhil Mohamed dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di Jalan Persiaran Subang, belakang Digital Mall USJ 19, pada 12.40 tengah hari, 4 Oktober 2011.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment