My Add

Tuesday 25 September 2012

Anggota polis mengaku tidak bersalah 6 tuduhan menipi, rasuah

SEREMBAN, ISNIN, 24 September, 2012: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan menipu dan dua tuduhan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, membabitkan pemberian kerja menyelenggara beberapa kuarters kediaman, balai dan pondok polis di sekitar daerah Port Dickson, dekat sini, tiga tahun lalu.

Lans Koperal Zulkifli Mohamed, 49, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Zulkifli menghadapi enam pertuduhan menipu iaitu dengan curang memperdaya seorang ahli perniagaan Norzahri Hashim, 35, bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan itu yang keseluruhannya bernilai RM178,254.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza di sekitar Port Dickson pada tarikh yang sama iaitu 1 Oktober 2009.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment