My Add

Friday 28 September 2012

Anwar patut bertaubat - Ulama

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 September, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bertaubat sekiranya benar dakwaan yang menyatakan beliau bersetuju bahawa 'umat Islam menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslims.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, selain bertaubat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu kembali kepada agama dan menghormati sensitiviti umat Islam.

"Sekiranya kenyataan itu benar, maka saya merasakan Anwar tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam.

"Beliau (Anwar) perlu bertaubat dan kembali kepada agama, selain menghormati sensitiviti umat Islam jika ia benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment