My Add

Friday 28 September 2012

Kemenangan Promahasiswa di UKM memang dijangka

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 September, 2012: Kemenangan kumpulan promahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pilihan raya kampus kelmarin bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah sememangnya sudah dijangka.

Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini kerana UKM merupakan satu daripada lubuk pembangkang untuk melatih kader-kader baru, selain Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM).

Menurutnya, sewaktu bersama pembangkang, beliau sering menemui dan mengatur program bersama mahasiswa ketiga-tiga universiti ini.

“Apabila timbul isu seperti murtad, contohnya kami (pasukan pembangkang) tentu menerapkan kepada mahasiswa bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pemerintahan negara.

“Anda lihat barisan kepemimpinan pembangkang hari ini, kebanyakannya hasil produk ketiga-tiga universiti berkenaan. Namun, kemenangan proaspirasi di UM, selain penguasaan mereka di kebanyakan universiti membuktikan betapa golongan muda terutamanya mahasiswa mula sedar dengan keadaan semasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment