My Add

Friday 28 September 2012

Guan Eng perlu minta maaf kepada Nik Aziz

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 September, 2012: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta memohon maaf kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu hudud di atas semangat setiakawan berpolitik.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, sebagai sekutu dalam pembangkang, Setiausaha Agung DAP itu wajar menghormati pendirian Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

"Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam. Kita akan tetap laksanakannya melalui sistem demokrasi.

"Jika kita majoriti, kita boleh laksanakannya sebagai undang-undang. Masa itu tidak timbul isu setuju atau tidak setuju," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng baru-baru ini digesa membuat permohonan maaf selepas kenyataan beliau yang menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment