My Add

Friday 7 September 2012

APEC setuju senarai 54produk EGS diturun duti

VLADIVOSTOK, Rusia, KHAMIS, 06 September, 2012: Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila bersetuju menyenaraikan sejumlah 54 barangan dalam senarai barangan dan perkhidmatan alam sekitar (EGS) bagi diturunkan duti atau tarif ke atasnya kepada lima peratus dan ke bawah pada 2015.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, 'senarai hijau' itu kini akan dikemukakan kepada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) untuk dipersetujui dan diluluskan.

"Malaysia melihat ini sebagai satu persetujuan yang bersejarah dan satu kompromi yang penting ke arah menggalakkan pertumbuhan hijau dan pembangunan mapan di rantau Asia Pasifik ini," kata beliau dalam sidang media pada hari terakhir Mesyuarat Menteri-Menteri APEC (AMM) di sini hari ini.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment