My Add

Friday 7 September 2012

Peru mahu kerjasama bangunkan Kelapa sawit

VLADIVOSTOK, Rusia, KHAMIS, 06 September, 2012: Peru amat berminat bekerjasama dengan syarikat Malaysia seperti Sime Darby bagi membangunkan ladang kelapa sawit untuk menggantikan tanaman koka, yang penting dalam penghasilan dadah kokain, di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Peru kagum dengan kejayaan Malaysia mengalahkan ancaman komunis bukan dengan semata-mata kerana penggunaan senjata, tetapi dengan memenangi hati penduduk.

"Peru mahu belajar daripada pengalaman Malaysia, khususnya yang berkaitan konsep Buku Hijau serta rancangan pembangunan tanah bagi rakyat untuk tanaman.

"Mereka melihat cara Malaysia itu telah berjaya memenangi hati rakyat dan mewujudkan rasa pemilikan (kerana penduduk ada tanah), sekali gus dapat mengatasi ancaman penjenayah-penjenayah dadah di negara berkenaan," kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment