My Add

Friday 7 September 2012

Laluan Eropah-Asia lebih berdaya saing

Gamal Nasir Mohd. Ali
VLADIVOSTOK, Rusia, KHAMIS, 06 September, 2012: Rusia yakin laluan kapal di Lautan Utara di Artik atau landasan kereta api Trans-Siberia (Baikal-Amur) yang merentasi negara itu dapat menyaingi laluan laut Selat Melaka dan Terusan Suez dalam konteks perdagangan Asia dan Eropah.

Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, pakar-pakar Majlis Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau ABAC meramalkan bahawa pelaksanaan projek ini (laluan Eropah-Asia oleh Rusia itu) akan meningkatkan laluan trafik Eropah dengan rantau Asia-Pasifik sebanyak lima kali ganda.

"Laluan tersebut lebih berdaya saing dari segi kos berbanding laluan tradisional melalui Selat Melaka dan Terusan Suez, di samping menawarkan faedah sampingan seperti kecepatan dan keselamatan," jelas beliau.

Putin berkata demikian dalam satu artikel tulisannya yang disiarkan oleh akhbarWall Street Journal edisi Asia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment