My Add

Saturday, 1 September 2012

Pijak gambarpin negara perbuatan melampau: Hishamuddin

  Hishammuddin Hussein
KOTA BHARU, SABTU, 01 Septem ber, 2012: Tindakan segelintir pihak memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO, kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di sini, hari ini, lapor BERNAMA.

Hishammuddin berkata, perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu.

Selain memijak gambar pemimpin pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka ketika sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-55, ada peserta membawa 'bendera baharu' yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak menghormati kedaulatan negara.

Hishammuddin berkata, apa yang dilakukan pihak berkenaan juga dibimbangi boleh menjurus kepada keadaan negara menjadi huru-hara, dan menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan negara.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin. 

UMNO Bahagian Pengkalan Chepa turut mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihadiri ribuan tetamu.

Sementara itu, wartwan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM melaporkan, Hishamuddin menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepada polis setempat mengenai program siri Jelajah Merdeka Rakyat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Kata, langkah itu penting supaya pihak polis tidak dipersalahkan sekiranya terjadi sebarang kemungkinan semasa program anjuran PKR.

“Bagaimanapun ini bukan layanan istimewa, dan bukan jaminan keselamatan tetapi sebagai prosedur biasa,” katanya.

Beliau mengulas serangan ke atas bas yang digunakan oleh PKR serta dakwaan cubaaan menceroboh bilik Anwar, Ketua Pembangkang, semasa siri jelajah yang masuk hari kedua hari ini.

No comments:

Post a Comment