KANGAR, SELASA, 18 September, 2012: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berharap Bajet 2013 dapat memberi penekanan terhadap aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan bidang itu mencapai sasaran pertumbuhan satu peratus tahun depan.
Menterinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, ketika ini pembangunan R&D negara hanya mencatat pertumbuhan 0.88 peratus iaitu masih belum mencapai tahap yang disasarkan.
"Kita harap menerusi Rancangan Malaysia ke-10, bajet kali ini dapat memberi lebih ruang dan peluang kepada sektor itu dengan peruntukan wajar bagi memastikan ia mencapai sasaran ditetapkan kerajaan," katanya selepas Majlis Penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, hari ini. - BH
No comments:
Post a Comment