My Add

Saturday 1 September 2012

Berdolak-dalik laksana hudud

KOTA BHARU, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Pelaksanaan undang-undang syariah, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan atau hukum hudud di negeri ini kelihatan masih samar biarpun mendapat desakan banyak pihak supaya ia dikuatkuasakan sepenuhnya bagi mengatasi masalah sosial yang dikatakan semakin serius terutama membabitkan kes ragut.

Ia berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bahawa pelaksanaan undang-undang tersebut masih di peringkat dalaman Jawatankuasa Teknikal Hudud.

Untuk rekod, jawatankuasa tersebut ditubuhkan pada 4 Oktober 2011 oleh kerajaan Pas Kelantan untuk mengkaji pelaksanaan enakmen itu dan sehingga hari ini ia masih belum bermesyuarat.

Ahmad yang juga pengerusi jawatankuasa tersebut berkata, pihaknya akan mengadakan sidang meja bulat terlebih dahulu bagi membincangkan semua perkara membabitkan pelaksanaan hukum Allah itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment