My Add

Saturday 1 September 2012

Pas belum dapat arahan Anwar

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa tidak akan berani mengambil tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam tempoh terdekat kerana belum mendapat arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, beliau yakin Menteri Besar Kelantan itu sengaja melengah-lengahkan tindakan yang akan diambil ke atas Nasharudin kerana tidak mempunyai waktu bertemu dan berbincang dengan Anwar mengenai bentuk hukuman itu.

"Nik Abdul Aziz tidak akan berani mengambil tindakan itu sebelum mendapat arahan daripada Anwar.

"Ini kerana beliau sendiri berada di bawah telunjuk Anwar dan cengkaman DAP," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini....

No comments:

Post a Comment