My Add

Saturday 1 September 2012

Ttubuh Pas baru

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan para pemimpin Pas yang dipinggirkan oleh kepemimpinan parti itu mewujudkan Pas baru.

Menurutnya, langkah itu akan membolehkan mereka mendapat sokongan memandangkan Pas kini tidak lagi mempunyai kekuatan sendiri kerana terlalu bergantung kepada pihak luar parti.

''Inisiatif itu hendaklah diambil oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang seakan-akan terpinggir tetapi telah terbukti kekuatan pengaruhnya ketika menyelar kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung dasar utama Pas.

''Tindakan beraninya itu telah 'menelanjangkan' kepimpinan Pas sekarang ini yang di mata umum dilihat sebagai pengecut dan tidak berprinsip,'' katanya seperti dipetik dalam entri terbaru blog beliau, zamkata.blogspot.com, - UTUSAN

No comments:

Post a Comment