My Add

Friday 7 September 2012

Pelajar, staf UPNM sertai larian bantu Rohingya

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 September, 2012: Seramai 800 peserta meliputi pelajar dan staf Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai larian kemerdekaan bagi mengutip dana mengisi Tabung Kemanusiaan Rohingya UPNM hari ini.

Larian bermula 8.30 pagi itu meliputi jarak sejauh tiga kilometer di sekitar kawasan Kem Sungai Besi di sini, dilepaskan Naib Canselornya, Lt. Jen. Datuk Seri Allatif Mohd. Noor.

Allatif berkata, Tabung Kemanusiaan Rohingya UPNM yang dilancarkan pada 30 Ogos lepas telah mengumpul RM5,020 dan jumlah itu dijangka bertambah sebelum tarikh akhir kutipan pada 14 September ini.

"Walaupun pelajar UPNM tidak seramai institusi pengajian tinggi awam yang lain, namun adalah tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang tertindas melalui program seperti ini," katanya kepada pemberita selepas larian itu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment