My Add

Saturday, 1 September 2012

BN perlu 'sekatan politik' halang The Road To Putarajaya

PUTRAJAYA, SABTU, 01 September, 2012:: Anggota Barisan Nasional (BN) perlu bersatu hati membentuk 'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebab itu UMNO dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.

"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat
'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi
politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.

"Sebab kitalah (BN) yang membangunkan Putrajaya, mereka tidak layak sebab
sudah lakukan pembohongan demi pembohongan...janji tidak pernah dikotakan dan banyak cerita-cerita mereka yang masih tidak selesai," katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment