My Add

Monday 3 September 2012

Lapor rogol gadis bawah umur

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, AHAD, 02 September, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memandang serius dan bersedia menyiasat kes-kes rogol yang dilaporkan terutama membabitkan gadis bawah umur.

Sehubungan itu, ujar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, orang ramai tidak perlu takut untuk membuat laporan jika mereka menjadi mangsa rogol atau mengetahui mengenai jenayah tersebut.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk menyiasat semua laporan kes yang diterima tetapi terserah kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan mahkamah untuk menentukan nasib suspek yang didakwa dalam kes berkenaan.

"Polis ada kuasa untuk menyiasat kes tetapi tindakan selanjutnya seperti pendakwaan dan menjatuhkan hukuman adalah terletak di bawah bidang kuasa DPP dan mahkamah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment