My Add

Friday 7 September 2012

Bunuh adik: Polis jumpa sebilah pisau

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 06 September, 2012: Sebilah pisau sayur yang dipercayai digunakan seorang buruh untuk menikam adiknya sendiri ketika berebut untuk menukar siaran televisyen kelmarin, ditemui pihak polis di kawasan semak tidak jauh dari tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, senjata itu ditemui selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan dan percaya ia dibuang oleh ahli keluarga mangsa sendiri.

"Kita jumpa pisau itu 8.40 pagi hari ini tidak jauh dari rumah mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Manoharan berkata, beliau percaya kes tersebut dapat diselesaikan tidak lama lagi dengan penahanan suspek dan penemuan barang kes.

"Selepas selesai membuat laporan kita akan rujuk kes ini ke Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment