My Add

Friday 7 September 2012

Polis yakin 'Geng Kelisa' lumpuh

BATU PAHAT, KHAMIS, 6 Septembe, 2012: Polis yakin dapat melumpuhkan kumpulan penjenayah dikenali sebagai 'Geng Kelisa' yang aktif mencuri ikan kelisa di kolam ternakan di empat daerah di negeri ini dan Pahang dengan tertangkapnya tiga ahlinya baru-baru ini.

Siasatan mendapati kumpulan itu dipercayai mencuri ikan itu di daerah ini, Kluang, Kota Tinggi dan Bentong, Pahang.

Dalam satu kejadian pukul 10.30 malam di Kampung Bindu, Tongkang Pechah di sini pada 11 Julai lalu, sebanyak 23 ekor ikan itu yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM320,000 dilarikan enam suspek bersenjatakan pemotong besi.

Dalam insiden itu, suspek mengugut memukul penjaga kolam tersebut yang merupakan pasangan suami isteri dengan pemotong besi sebelum mengikat tangan mereka.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, selepas menggeledah bilik pasangan itu dan mengambil dompet mangsa, tiga suspek keluar daripada bilik dan mengambil 23 ekor ikan kelisa di dalam kolam sebelum beredar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment