My Add

Saturday, 1 September 2012

Dakwaan hanya tohmahan

TidaK dijangkiti sakit kulit, kata penduduk

Oleh ZAMZURINA AHMAD
KUANTAN, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Kajian awal Pejabat Kesihatan Daerah Raub di Kampung Bukit Koman menunjukkan tidak berlaku sebarang situasi luar biasa ke atas penduduk akibat operasi sebuah lombong emas di situ seperti yang digembar-gemburkan pihak tertentu sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, berdasarkan sampel yang diambil kira-kira tiga minggu lalu, sianida yang digunakan dalam operasi lombong emas berkenaan didapati tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk.

"Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan sentiasa memantau keadaan kesihatan penduduk di perkampungan tersebut dan kajian masih dijalankan berhubung dakwaan berlakunya masalah kesihatan ekoran operasi sebuah lombong emas di kawasan berhampiran.

Di RAUB, penduduk di sekitar lombong Raub Australia Gold Mining (RAGM) menafikan kehidupan mereka kini terganggu dan dijangkiti pelbagai penyakit kulit ekoran pencemaran bahan kimia sianida yang digunakan dalam aktiviti melombong emas di kawasan itu.

Seorang penduduk yang ditemui Utusan Malaysia hari ini, Norizah Abdullah, 53, yang tinggal di Taman Amalina Lestari, kira-kira 1.6 kilometer dari lokasi lombong berkenaan memberitahu, sejak 10 tahun tinggal di taman tersebut dia menjalani kehidupan seperti biasa.

Katanya, dia juga tidak pernah berasa sebarang perubahan pada dirinya dan ahli keluarganya seperti penyakit kulit dan penyakit lain berpunca daripada sianida yang digunakan di lombong emas tersebut.

"Saya percaya isu ini sengaja digembar-gemburkan pembangkang bermotifkan politik dan bukannya untuk membela penduduk di sini," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment