KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Video Suasana Gangnam Raya yang mempamerkan keakraban keluarga Anak Cucu Tok Haroon (ACTH) menarikan tarian Gangnam Style kini sudah ditonton sehingga 990,000 kali di laman sesawang, YouTube.
Salah seorang ahli keluarga itu, Rohiman Haroon, 51, berkata, dia sama sekali tidak menyangka video tersebut mampu mencecah angka tontonan yang tinggi memandangkan ia dibuat hanya untuk berseronok sahaja.
Menurutnya, idea tersebut datang setelah salah seorang anak saudaranya menyatakan hasrat untuk merakamkan aksi mereka sekeluarga sebagai kenang-kenangan.
"Pemilihan lagu dipilih secara spontan. Malah, saya sendiri ketika rakaman itu dilakukan baru pertama kali menyaksikan video lagu korea tersebut.
"Keluarga kami memang erat dan itu menambah kemanisan pada video tersebut yang menarik hati ramai orang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment