My Add

Saturday, 1 September 2012

Kerajaan Selangor biadab

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos,2012: Pelbagai pihak hari ini mengecam tindakan Kerajaan Selangor sebagai biadab, kurang ajar dan tidak mengenang budi kerana mengetepikan Sultan Selangor dalam sambutan majlis kemerdekaan di peringkat negeri itu.

Mereka yang cukup marah dengan perbuatan tersebut menyifatkan tindakan itu sebagai satu penghinaan secara terang-terangan untuk menjahanamkan institusi raja-raja Melayu.

Berikutan itu, mereka menyeru rakyat Selangor supaya tidak lagi berdiam diri sebaliknya menentang perbuatan biadab dengan menghukum Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada pilihan raya umum nanti.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, perbuatan itu cukup melampau kerana ia bukan kesilapan kali pertama dilakukan oleh kerajaan negeri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment