My Add

Friday 7 September 2012

Semua pelajar awam UPNM ikuti latihan ketenteraan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 September, 2012: Semua pelajar awam yang mengikuti pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan menjalani latihan disiplin ketenteraan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi sesi pengajian 2012/2013 semua penuntut awam di universiti itu akan menjalani rutin disiplin ketenteraan seperti yang dijalani penuntut kadet tentera (kadet).

Katanya, ia bertujuan memberi penekanan terhadap aspek-aspek ketenteraan kepada seluruh pelajar dan tidak tertakluk kepada penuntut kadet sahaja.

"Komposisi penuntut kadet dan awam dahulunya terasing yang mana penuntut kadet tertakluk kepada arahan Majlis Angkatan Tentera dan penuntut awam pula kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Tetapi bagi pengambilan baru ini, saya pastikan kedua-dua akta ini dan perundangan berjalan seperti biasa, namun dari segi disiplin ketenteraan kita telah memutuskan penuntut awam juga menjalani latihan sebagai askar wataniah," katanya selepas merasmikan Minggu Orientasi Siswa (Mosis) UPNM di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment