My Add

Saturday 1 September 2012

Eksport sarung tangan getah dijangka RM11.5b

PETALING JAYA, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Nilai eksport sarung tangan getah dijangka meningkat kepada RM11.5 bilion tahun ini berbanding RM9.89 bilion yang direkodkan pada tahun lalu.

Pengerusi Penganjur Persidangan Pengeluar Sarung Tangan Getah Antarabangsa 2012, KH Oon berkata, kelembapan ekonomi global tidak memberi impak yang besar kepada industri tersebut kerana ia boleh dianggap sebagai satu keperluan terutama dalam sektor perubatan dan makanan.

"Saya tidak kata industri sarung tangan getah ini adalah kebal kepada kemelesetan ekonomi namun ia sukar untuk dipengaruhi oleh persekitaran kerana ia adalah satu barangan keperluan, jadi, walau apa pun yang berlaku, permintaan terhadap sarung tangan getah tetap ada, " katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

No comments:

Post a Comment