*KEWUJUDAN lebih banyak pasar raya bukan merupakan faktor lebih ramai peniaga runcit tutup kedai. - REUTERS
Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Kerajaan tidak menolak akan menambah lesen baru bagi pasar-pasar raya besar di negara ini seandainya terdapat keperluan untuk meliberalisasi sektor perdagangan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertimbangan semula itu akan dilakukan seandainya pengeluaran lesen baru itu nanti mampu menyokong pendapatan negara kasar (GNI) yang akan meningkatkan kutipan cukai.
Menurutnya, pertimbangan lain yang turut diberi perhatian ialah kemampuan pasar-pasar raya besar itu untuk menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Bagaimanapun, setakat ini keputusan membekukan pengeluaran lesen baru kepada pasar-pasar raya besar masih dikuatkuasakan, katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment