My Add

Saturday, 1 September 2012

Van keselamatan terbalik, syiling RM30,000 bertaburan



*SEBUAH van kawalan keselamatan yang membawa wang syiling bernilai lebih RM30,000 mengalami kemalangan di Kilometer 426.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Ipoh selepas susur Bukit Beruntung, malam kelmarin.

HULU SELANGOR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Suasana di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur Bukit Beruntung di sini seperti pesta apabila segelintir pengguna kenderaan memberhentikan kenderaan untuk mengutip duit syiling RM30,000 yang bertaburan selepas sebuah van keselamatan terbalik.

Apa yang menyedihkan, segelintir pengguna lebuh raya itu leka mengutip syiling tanpa mempedulikan pemandu van bersama dua rakan setugas yang cedera dalam kemalangan itu.

Sewaktu ketiga-tiga mangsa berusaha keluar menyelamatkan diri, terdapat pengguna lebuh raya tanpa rasa bersalah berebut-rebut mengutip syiling yang bertaburan menyebabkan berlaku kesesakan teruk sepanjang kira-kira lima kilometer di lebuh raya tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment