My Add

Tuesday 4 September 2012

Emas ratusan ribu ringgit lesap


*KEDAI emas di Jalan Besar, Sungai Siput, Perak dipecah masuk penjenayah dan kesemua barangan kemas yang disimpan dalam peti besi premis terbabit lesap, kelmarin.

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

SUNGAI SIPUT 3 Sept. - Sebuah kedai emas menanggung kerugian ratusan ribu ringgit setelah kesemua barang kemas dalam bilik kebal premis berkenaan lesap dilarikan penjenayah dalam rompakan yang dipercayai berlaku antara Sabtu lalu hingga semalam.

Pemilik kedai Emas Poh Foong di Jalan Besar di sini hanya menyedari kejadian tersebut ketika ingin membuka premis kira-kira pukul 9 pagi ini selepas menutup perniagaan selama tiga hari sejak 31 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, penjenayah menebuk sebuah lubang pada dinding sebelah kiri kedai berkenaan untuk memecah masuk sebelum melarikan barang kemas berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment