My Add

Tuesday 4 September 2012

Samsiah Awang wanita pertama terajui jabatan agama


KUALA TERENGGANU, ISNIN, 03 September, 2012: Penstrukturan semula Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu menyaksikan Samsiah Awang, (gambar) dilantik sebagai pengarah pertama jabatan tersebut, sekali gus menjadikannya wanita pertama di negara ini menerajui jabatan agama.

Samsiah, 54, merupakan bekas Ketua Penolong Pesuruhjaya (Dakwah) dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa pada 26 Ogos lalu.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah ketika memaklumkan perkara tersebut berkata, pelantikan itu adalah sebahagian daripada proses penstrukturan semula membabitkan tiga jabatan berkaitan agama di negeri ini.

Pada masa sama, katanya, dua jabatan baru juga akan diwujudkan di bawah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam (Terengganu) (Pindaan 2012).

"Jawatan pengarah diwujudkan bukan sahaja bagi diselaraskan dengan negeri-negeri lain tetapi memantapkan pentadbiran selain meringankan tugas Pesuruhjaya yang kekal disandang oleh Datuk Mohd. Rozali Saleh." ujar beliau. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment