My Add

Sunday 16 September 2012

Generasi muda bukan setakat pemerhati pembangunan

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 September, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru generasi muda menjadi pemain dan bukannya berfungsi sebagai pemerhati dalam meneruskan kesinambungan pembangunan negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, belia seharusnya sedar mereka merupakan aset terpenting negara dan generasi pemimpin pelapis yang bertanggungjawab menjaga dan menentukan masa depan negara.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberi keutamaan kepada nasib golongan muda yang amat signifikan untuk mencorakkan negara.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak saban hari menceritakan tentang hala tuju masa depan negara dan peranan serta tenaga anak-anak muda yang harus digembleng bersama-sama untuk membangunkan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Rempit United Prihatin anjuran Pertubuhan Penunggang Motosikal Bersatu Malaysia (Rempit United) di sini. Turut hadir Presiden Rempit United Wazi Abdul Hamid. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment