KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peserta perbarisan Hari Kemerdekaan kali ini memperlihatkan dominasi generasi muda dan ia bertepatan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan golongan itu.
"Nampak meriah dan kali ini semua orang yang hadir bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Penglibatan lebih ramai generasi muda adalah langkah tepat," katanya.
Bagi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula, sambutan kemerdekaan tahun ini disifatkan satu jalinan perpaduan dan usaha kerajaan menyemarakkan semangat cintakan negara.
Katanya, perarakan dari pelbagai lapisan masyarakat juga sangat bertepatan dengan tema dan membuktikan kesungguhan kerajaan melakukan transformasi.
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay pula berkata, sambutan kali ini jelas menampakkan semangat rakyat untuk bersatu padu semakin tinggi selain sokongan mereka terhadap program transformasi kerajaan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment