My Add

Friday 7 September 2012

Guan Eng, jangan elak isu

BUTTERWORTH, KHAMIS, 06 September, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak tidak berterusan mengelak menjawab dakwaan yang dibangkitkan Barisan Nasional (BN) berkaitan isu tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, dekat sini.

Ketua Penerangan BN Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, Guan Eng perlu bersikap telus dalam menangani isu terbabit dan tidak mengungkit cerita lama bagi melepaskan diri daripada dakwaan yang dilontarkan.

Menurutnya, Guan Eng dilihat cuba mengalihkan isu penjualan tanah seluas 0.45 hektar itu yang sepatutnya dibangunkan untuk projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua tetapi dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat.

"Guan Eng cuba mengalih isu dengan mengungkit kisah penjualan tanah di Tanjung Tokong yang berlaku pada tahun 1980-an, Lebuh Raya Jelutong (kini Lebuh Raya Tun Lim Cheong Eu) pada 1996 dan isu tanah Batu Kawan pada 2003," katannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment