My Add

Friday 7 September 2012

Terpengaruh 'aksi' pembangkang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 September, 2012: Rakyat seharusnya menghormati pemimpin negara walaupun mempunyai agenda dan fahaman politik yang berbeza demi menjamin keamanan dan keharmonian negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa yang ditunjukkan oleh peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu jelas menggambarkan tindakan yang tidak bertamadun dan dipengaruhi oleh pemimpin pembangkang.

Jelasnya, peserta himpunan itu mungkin terdidik dengan sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihatnya, Lim Kit Siang yang pernah memijak gambar ahli politiknya yang keluar dari parti itu.

"Tindakan peserta himpunan itu memijak gambar tersebut adalah pengaruh daripada perbuatan pembangkang.

"Oleh demikian, saya menyeru semua rakyat menghormati pemimpin negara, baik pemimpin kerajaan atau bukan walaupun mempunyai perbezaan agenda dan fahaman politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Orientasi Siswa (MOSIS) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment