My Add

Saturday 1 September 2012

Tabung Rohingya terima sumbangan rakyat Thailand

Kapal TLDM bawa bantuan 

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran Malaysian Relief Agency (MRA) dengan kerjasama Kumpulan Utusan turut mendapat sokongan daripada rakyat Thailand apabila mereka juga memberikan sumbangan kepada tabung itu.

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman (gambar) berkata, sebanyak 50,000 Bath bersamaan kira-kira RM5,000 telah disumbangkan kepada tabung itu oleh Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia Thailand (FEHRD).

Menurutnya, Pengerusi FEHRD, Ismail Salleh telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengarah Operasi MRA, Khairil Annuar Khalid dalam satu majlis yang diadakan di Yala, Thailand Selasa lalu.

''MRA berasa amat terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Thailand itu dalam usaha menyampaikan bantuan kepada pelarian Rohingya di Arakan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

*ABDUL Azeez Abdul Rahim (kanan) dan Abdul Rahman Palil (kiri) melihat barangan keperluan hasil sumbangan orang ramai dalam misi menghantar bantuan ke Rohingya di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

Sambil itu
MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN melaporkanb kain kapan adalah antara barangan sumbangan rakyat negara ini yang akan dibawa Kelab Putera 1Malaysia ke Myanmar bagi membantu etnik Rohingya yang ditindas di negara itu.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pada Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya itu pihaknya mengambil inisiatif untuk turut menyumbangkan kain kapan selepas mendapat maklumat etnik berkenaan tidak mempunyai kelengkapan tersebut secukupnya.

Menurutnya, disebabkan kekurangan kain kapan juga etnik Rohingya selama ini hanya membalut jenazah menggunakan tikar sebelum ia dikebumikan.

No comments:

Post a Comment