My Add

Monday 17 September 2012

Hentikan penyiaran video anti-Islam di YouTube

KUALA LUMPUR, AHAD, 16 September, 2012: Penyiaran filem Innocence of Muslims yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW di YouTube perlu dihentikan serta-merta.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan itu perlu memandangkan penyiaran filem tersebut turut menganggu-gugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Malah, katanya, filem yang membelakangkan sensitiviti agama Islam tersebut tidak sedikitpun memberi manfaat kepada penontonnya.

"Saya menyokong cadangan semua pihak untuk mengharamkan siaran video biadab ini daripada terus mendapat publisiti murahan. Kita sebagai masyarakat harmoni yang digerakkan dengan perasaan saling menghormati antara satu sama lain meskipun berbilang kaum dan agama menentang penyiaran tersebut.

Umat Islam tidak perlu bertindak agresif - Fathul Bari

Sementara itu, umat Islam diingatkan supaya mengikut lunas-lunas syarak ketika membuat bantahan terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, mereka tidak perlu terlalu mengikut emosi dan bertindak secara keterlaluan.

"Bukan bererti kita tidak perlu bertindak, kita memang perlu marah tetapi perlu ada garis panduan dan tidak sewenang-wenangnya. Kita juga jangan terlalu bertindak mengikut emosi serta sesuka hati.

"Pihak berwajib juga harus memberikan jawapan satu persatu secara ilmiah dengan berlandaskan syarak dalam isu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.  - UTUSAN


No comments:

Post a Comment