My Add

Monday 17 September 2012

Kebebasan bersuara AS tak boleh diterima

Oleh ALI MAHMOOD
BENTONG, AHAD, 16 September, 2012: Kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton yang mendakwa negaranya tidak berupaya bertindak terhadap pihak yang mencetuskan keganasan anti-Islam atas alasan kebebasan bersuara tidak boleh diterima umat Islam di seluruh dunia.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembikinan filemInnocence of Muslims itu bukan lagi tertakluk dalam konteks kebebasan bersuara tetapi telah menyalahgunakan kebebasan tersebut untuk menghasilkan filem bertujuan menghina agama Islam.

"Kebebasan bersuara ada hadnya dan bukannya bermaksud kita boleh sesuka hati menghina, memperlekeh dan membuat fitnah terhadap orang lain. Apatah lagi ia menghina ketokohan Nabi Muhammad SAW dan Islam.

"Kebebasan bersuara sepatutnya digunakan untuk melahirkan pandangan dan pendapat untuk kebaikan dan bukannya memperlekehkan agama dan bangsa lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment