My Add

Tuesday 25 September 2012

PAC teliti proses salur pinjaman kepada NFC

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang meneliti proses penyaluran pinjaman berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) bagi tujuan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata Jabatan Audit Negara diminta membuat penilaian mengenai proses penyaluran wang pinjaman kepada syarikat itu.

"Audit khas ini dibuat dua bulan lalu, kita (PAC) arahkan jabatan audit untuk melakukan audit berhubung isu ini, sama ada ia dibuat mengikut prosedur serta berdasarkan perjanjian yang ditetapkan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

PAC sebelum itu mengadakan pertemuan dengan wakil Jabatan Audit Negara bagi mendapatkan laporan berhubung audit berkenaan.

Bagaimanapun, Azmi enggan mendedahkan kandungan laporan awal berkenaan dan berkata terdapat beberapa isu dan persoalan berbangkit yang akan dijelaskan minggu depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment