My Add

Tuesday 18 September 2012

Import sawit Malaysia di Romania meningkat

BUCHAREST, ISNIN, 17 September, 2012: Render Com, salah satu pembekal utama lelemak dan minyak masak di Romania, menjangka peningkatan trend permintaan mendapatkan minyak masak sawit dari Malaysia.

Render menguasai sejumlah 15 peratus daripada pasaran Romania dan merupakan pengimport awal dan utama minyak sawit Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Virginia F. Stancu, berkata syarikat yang diperbadankan pada 1996 itu, pada awalnya, syarikat itu mengimport serbuk koko dari Malaysia dan Indonesia.

Katanya, kumpulan itu adalah salah satu daripada syarikat pertama dari Romania yang mengimport minyak sawit dari Malaysia berikutan kualitinya yang baik.

"Kami mengimport minyak sawit Malaysia berikutan maklum balas yang baik dari pelanggan kami dan kami menjangka permintaan dari pasaran di sini akan meningkat menjelang akhir tahun ini.

"Berikutan perayaan Easter dan lain-lain yang akan disambut tidak lama lagi, permintaan bagi mendapatkan minyak sawit akan meningkat," katanya kepadaBernama .

Katanya, kumpulan itu mempunyai kira-kira 40 pengedar di Romania dan pada tahun lepas, Render mengimport 3,000 tan metrik minyak sawit dari Malaysia.

Secara purata, Virginia berkata, kumpulan itu mengimport kira-kira 5,000 tan metrik minyak sawit setahun dari Malaysia.

Kini, katanya Render adalah agen syarikat antarabangsa yang besar di Romania yang termasuk Cargill, Arte Oliva, Nutria, Indcresa, yang menawarkan pasaran eksklusif kepada syarikat itu bagi pasaran Romania.

Hari ini, Render mempunyai 30 warga kerja dan wakil yang meliputi semua bandar raya di Romania. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment