My Add

Tuesday 18 September 2012

Malaysia yakin capai sasaran 36 juta pelancong tahun ini

BUTTERWORTH, SELASA, 18 September, 2012: Malaysia yakin mencapai sasaran jumlah pelancong sebanyak 36 juta orang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan statistik terbaru kementerian tersebut sehingga semalam yang mencatatkan jumlah pelancong ke negara ini adalah seramai 24.7 juta orang.

“Peningkatan itu secara tidak langsung memperlihatkan jumlah pendapatan negara sebanyak RM1.1 bilion setiap minggu kerana mereka membelanjakan RM164 juta setiap hari di Malaysia," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan cek kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Bagan, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment