My Add

Friday 7 September 2012

Isu Nasharudin bukan perkara besar

  Haron Din
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 September, 2012: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak pernah membayangkan bahawa Nasharudin Mat Isa akan dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini.

Sambil mengulangi pendiriannya sebelum ini yang mempertahankan tindakan Nasharudin itu, Haron berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu.

"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment