My Add

Friday 7 September 2012

Laporan audit Talam timbul lebih banyak persoalan

SHAH ALAM, KHAMIS, 06 September, 2012: Penjelasan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai penyelewengan yang didakwa berlaku dalam isu Talam Corporation Bhd. (Talam) masih tidak memuaskan malah ia menimbulkan lebih banyak persoalan.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ini kerana pihak laporan audit itu secara terang-terangan mendakwa pihaknya langsung tidak membuat sebarang penelitian mengenai pendedahan MCA sebelum ini, sebaliknya ia hanya menyemak transaksi urus niaga dan dokumen berkaitan sahaja.

Beliau berkata, ini bermakna Abdul Khalid tidak boleh menganggap isu ini telah selesai kerana masih banyak perkara yang perlu dijelaskan oleh kerajaan negeri pimpinannya.

"Di atas prinsip demokrasi, kami sebagai pembangkang di negeri ini masih tidak berpuas hati dengan penjelasan ringkas yang dilakukan oleh pihak Abdul Khalid sebagai Menteri Besar itu," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment