My Add

Monday 3 September 2012

Jawatankuasa khas siasat penjualan tanah

BUKIT MERTAJAM, AHAD, 02 September, 2012: - UMNO Pulau Pinang meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri sejak 2008.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, penubuhan jawatankuasa itu penting kerana ia mampu memperjelaskan sama ada penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah benar dan telus atau pun sebaliknya.

Beliau berkata, sudah sampai masanya kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat penjualan tanah dan membentangkan kepada umum untuk rakyat menilai sendiri sama ada apa yang kerajaan DAP lakukan itu (jual tanah) adalah telus.

"Ini barulah dikatakan berani dan demokrasi serta bukan hanya seorang ketua menteri yang pandai cakap dan menuduh orang sana sini tetapi tidak membuktikan apa yang dia cakap," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment