My Add

Sunday, 2 September 2012

Rundingan tahunan Malaysia-Brunei mulai Isnin

PUTRAJAYA, SABTU, 01 Septembe, 2012 Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam ke-16 dijadual berlangsung pada 3 dan 4 Sept di Putrajaya, menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.

Ia menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi hos bagi lawatan rasmi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, bersempena perundingan itu.

Kementerian itu berkata, kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang dari pertemuan tahunan itu untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berlangsung dan meninjau potensi baru bagi mempertingkat perkongsian yang dapat memanfaat rakyat kedua-dua negara.

Menurut kementerian berkenaan, perundingan itu merupakan acara paling penting dalam takwim tahunan kedua-dua negara, yang menjadi mekanisme bagi perbincangan meliputi pelbagai isu kepentingan bersama bilateral, serantau dan global.

Satu kenyataan bersama akan dikeluarkan selepas mesyuarat itu, katanya. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan juga mengadakan majlis makan tengah hari di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, di Putrajaya, kata kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment