My Add

Sunday 2 September 2012

Kabinet bincang draf Bajet 2013 Rabu ini

  Ahmad Husni Hanadzlah.

IPOH, AHAD, 02 September, 2012: Draf bajet 2013 akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada mesyuarat Kabinet Rabu ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bajet 2013 yang turut merangkumi cadangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk kumpulan tumpuan, agensi kerajaan serta sektor-sektor perindustrian itu, akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti.

"Kabinet yang merupakan parameter bajet tahun depan akan memperhalusinya sebelm diluluskan... ia perlu mendapat kelulusan Kaninet," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 September ini setelah ia dimuktamadkan pada mesyuarat berkenaan.

Mengenai cadangan daripada semua pihak, beliau berkata ia akan dipertimbang, dan menambah, bajet tahun depan adalah untuk memastikan ekonomi Malaysia terus meningkat.

"Kami menimbang kedudukan kewangan negara... mengenal pasti kaedah untuk mengurangkan hutang negara. Dalam konteks perbelanhaan tetap, ia juga boleh dikurangkan," katanya.

Topik makroekonomi, sektoral dan sosial, yang bincangkan oleh ahli perniagaan dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan, juga termasuk dalam penyediaan bajet 2013 yang memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan hutang negara selain membantu rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment