My Add

Sunday, 2 September 2012

Tali barut penjajah era moden

GEORGE TOWN, AHAD, 02 September, 2012: Kelab 1Malaysia Brother"s (1MB) menyifatkan tindakan pakatan pembangkang yang terus menakutkan rakyat dengan mengatakan Pulau Pinang akan rosak jika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu tidak ubah seperti tali barut penjajah era moden.

Penaung pertubuhan bukan kerajaan itu, Datuk Hamzah Zainuddin berkata sebaliknya pakatan pembangkang yang perlu berasa takut kerana banyak janji pilihan raya mereka gagal ditunaikan.

"Kesedaran rakyat Pulau Pinang sudah ada sebenarnya. Mereka sendiri lihat, masalah penjualan tanah, masalah pembinaan kos rumah rendah dan peniaga kecil masih belum selesai," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kelab 1MB di Bukit Saujana, Paya Terubong, malam tadi. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment