My Add

Wednesday 5 September 2012

KDN mahu insiden malam Ambang Merdeka dibendung

PUTRAJAYA, SELAASA, 04 September, 2012:: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan kejadian mengibar bendera baharu sebagai ganti Jalur Gemilang pada Khamis lepas sebagai perbuatan yang mencabar kedaulatan negar


Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika tidak dibendung, perbuatan sedemikian boleh menyemai rasa benci dalam kalangan masyarakat sekali gus menjejaskan kepentingan awam.

"Masyarakat perlu faham apa yang berlaku adalah bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata KDN komited untuk memastikan tindakan tegas dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Perbuatan mengibar bendera baharu yang dikatakan 'pengganti' Jalur Gemilang itu dilakukan segelintir peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka ketika malam ambang Hari Kemerdekaan ke-55 negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment