My Add

Monday 17 September 2012

Pengkhianat negara

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
KUALA LUMPUR, AHAD, 16 September, 2012:Tindakan menerima dana daripada Yahudi disifatkan pengkhianatan kepada bangsa, agama dan negara.

Ini kerana menurut Pengasas Pergerakan Islam Palestin 1948, Sheikh Raed Solah, penerima sumbangan dana itu akan terikat dengan kehendak dan agenda jahat Yahudi.

Tegas beliau, sejarah telah membuktikan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah adalah disebabkan perancangan jahat kaum itu melalui penyaluran dana tertentu.

"Jika wujud sebarang perselisihan pendapat dan pandangan melibatkan urusan dalam negara, ia seharusnya diselesaikan melalui perpaduan serta bersatu.

"Saya menyeru kepada mana-mana umat Islam yang telah menerima bantuan atau dana daripada Yahudi agar segera bertaubat kepada Allah SWT kerana sumbangan tersebut adalah satu rasuah bagi menghancurkan agama Islam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment