My Add

Friday 28 September 2012

Usaha kerajaan tepati aspirasi mahasiswa: Muhyiddin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 September, 2012: Kemenangan besar proaspirasi dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 memberi petanda segala usaha yang dilakukan kerajaan dalam membangunkan pengajian tinggi adalah menepati aspirasi golongan mahasiswa.

Sambil mengucapkan tahniah kepada barisan pimpinan mahasiswa terbabit, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak pemimpin berkenaan agar menepati segala janji yang dilaungkan semasa tempoh berkempen.

“Saya ucapkan tahniah kepada barisan pemimpin mahasiswa terbabit. Waktu kempen sudah buat janji. Mereka harus perjuangkan apa yang dijanjikan kepada mahasiswa di kampus masing-masing.

“Apa yang eloknya, proses pilihan raya berjalan baik. Tiada hal-hal tak elok berlaku. Ini menunjukkan kematangan mahasiswa kita,’’ katanya selepas majlis penyampaian hadiah Festival Bahasa dan Sastera 2012 di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini hari ini.

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti terlibat dalam memantau perjalanan pilihan raya.

“Pastinya ini satu petanda demokrasi di kampus segar. Mahasiswa tahu hak untuk memilih pemimpin yang mereka fikir boleh bantu mereka.

“Bila sudah selesai, kita harap pemimpin-pemimpin ini akan jalankan tugas dan amanah sebagai pemimpin muda yang bakal pewaris pimpinan masa depan. Di universitilah mereka boleh tunjuk kebijaksanaan,’’ ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment