My Add

Saturday 1 September 2012

Penjaga tempat letak kereta dibunuh

BESUT, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Seorang penjaga tempat letak kereta persendirian ditemui mati dibunuh di satu kawasan terpencil di hujung Kampung Gong Manok, dekat Kuala Besut di sini, petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Faiza Jaafar (gambar), 27, berasal dari Kampung Beris Lampu, Kuala Besut dekat sini dipercayai diseksa sebelum dibunuh berdasarkan kesan tetakan senjata tajam serta kelaran di bahagian kaki dan belakang pinggang mangsa.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Zakaria berkata, mayat mangsa yang merupakan duda beranak satu, ditemui salah seorang ahli keluarganya pada 2.40 petang selepas hampir dua jam kehilangannya.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di satu kawasan sawah padi.

"Mangsa dipercayai mati akibat tetakan di bahagian lutut kirinya hingga hampir putus, betis kiri dan di belakang bahagian pinggang," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment