My Add

Friday 7 September 2012

Laporan polis meningkat 452

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS dan OPAT RATTANACHOT
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 September, 2012: Laporan polis terhadap tindakan biadab peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka baru-baru ini meningkat kepada 452 laporan setakat ini.

Laporan yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan individu itu bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak terlibat.

Sebanyak 154 laporan diterima di Selangor diikuti Perak (98), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (50), Kedah (40), Terengganu (29), Pahang (10), Sabah (10), Kelantan (lima), Pulau Pinang (tiga) dan dua laporan di Melaka.

Di Sik, Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Belantek, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah menjadi wakil rakyat pertama membuat laporan polis berhubung insiden terbabit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment